5 Perkara Asas Anda Perlu Buat Jika Nak Turunkan Berat Badan Dengan Pantas.
[1] Jaga waktu Makan.
Waktu makan paling ideal untuk memastikan berat badan kita sentiasa maintain adalah sarapan sebelum pukul 9 pagi, makan tengahari sebelum pukul 1 petang dan makan malam sebelum pukul 7 petang.
Mendisiplinkan diri dalam pengambilan makanan adalah sangat penting jika anda ingin kurus kerana dengan cara ini, penghadamann kita akan lebih lancar dan berkesan tanpa meninggalkan kalori berlebihan yang akan menyebabkan lemak dalam badan anda bertambah.
![]() | ||
kadar air yang anda perlukan mengikut berat badan |
[2] Elakkan Makan Waktu Malam.
Ramai yang tidak bersetuju tentang perkara ini kerana makan pada waktu malam dah jadi adat dan kebiasaan dalam kehidupan. Tapi itulah antara punca utama berat anda naik.
Ini untuk pengetahuan anda, Waktu malam adalah terhad. Jadi perut kita perlu berkerja keras untuk memproses makanan yang anda ambil. Apa akan jadi bila perut terlampau rushing untuk memproses?. Makanan yang kita ambil tak dapat dihadam dengan sempurna dan makanan yang tak dapat di proses tu pula akan menjadi lemak dalam badan anda.
[3] Jauhi Makan & Minuman Segera.
Ini adalah musuh utama untuk kesihatan kita sendiri. 73% potensi penyakit kronik adalah datang dari makanan- makanan ''sampah'' seperti Fast food, makanan ringan, minuman berkabonat atau minuman segera seperti cafe 3 in 1 atau Cordial.
Kita digalakkaan untuk mengambil ''REAL FOOD'' untuk kesihatan kita dan keluarga. Tak Mustahil suatu hari nanti penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi boleh menyerang anak- anak kita seawal usia 5 tahun jika anda tidak perihatin tentang musuh utama ini. Jauhi lah makan seperti ini bukan sebab untuk anda kurus sahaja tapi untuk kehidupan keluarga yang lebih sihat. (tolong alert)
[4] Makan Mengikut Keperluan.
Diet yang sebenar adalah makan mengikut keperluan. Bukannya perlu berlapar atau mencatu makanan. Orang kita dah terbiasa bila dengar je diet " oh, aku kena berlapar.. tengahari tak boleh makan". Itu salah!
Kita boleh makan apa saja yang berkhasiat dan yang sedap- sedap. Tapi, makanlah sebelum anda lapar dan berhentilah sebelum anda kenyang. Dengan cara ini, bukan sahaja anda dapat menurunkan berat badan. Malah, boleh membuatkan anda lebih cerdik dan bijak.
[5] Kurangkan Pengambilan Gula.
Badan kita memang memerlukan gula. Tapi bukan berlebihan. Salain menjadi faktor masalah Obesiti, Gula juga adalah penyumbang utama penyakit-penyakit kronik. Anda pasti tahu tentang hal ini.
Bagaimana cara nak imbang kadar gula dalam badan?. Minumlah air secukupnya.
No comments:
Post a Comment