12 Idea Serta Resipi Nasi Berlauk Bagi Yang Sedang Diet Sihat Dan Ingin Kurus
MAKAN NASI UNTUK KURUS!
Yang tak nak makan nasi tu jangan kecam ye. Cuma nak bagitau untuk orang yang nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi kalau nak kurus tau! hehe..
Ramai orang tanya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuew tiaw untuk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi.
Nak lagi bagus makan nasi beras perang. Kalau tak ada nasi beras perang nasi biasa dengan porsi yang betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.
Lauk pula, ambil yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak.
Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yang sangat digalakkan seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.
Sayur pula yang tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu. Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit untuk penyedap rasa.
Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau tak sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1 hari je la.
Macamni lah nasi besar penumbuk. hehe
Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.
1. Sup Brocoli Yanti
Bahan:
Brokoli
Kobis bunga
Kobis daun
Telur (5 bijik – 3 buang kuningnya)
Cili 1 biji potong sukahatimu
Halia 2 inci
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 1/4 biji
Seasalt sedikit
Lada hitam (nak pedas letak lebey sket)
Cara masak
Rebus semua bahan, kecuali masukkan telur kedua terakhir (selepas masak sayur-sayur lain dalam rebusan tu.
2. Sup Ayam
1 dada ayam di potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1/2 biji bawang holland (dihiris)
3 ulas bawang.putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
3 biji cili api (jika suka pedas)
1 sup bunjut
Air secukupya
Garam bukit secukup rasa
Sedikit daun sup (di cincang)
Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas kecuali garam dan daun bawang. Masak hingga mendidih. Masukkan garam. Hidangkan dengan daun sup. Boleh perah limau nipis.
3. Grilled Chicken Tikka
Bahan-bahan:
Yogurt, serbuk jintan, cili, tomato paste, halia, daun ketumbar, daun bawang, 2 ulas bawang putuh (disagat), setengah biji limau nipis, isi ayam, jintan manis dan black pepper (tumbuk), halia & bawang putih
Perap 30 minit dan bakar.
4. Kerabu tomato
Bahan-bahan:
Tomato
Ikan bilis goreng
Bawang kecik
Cili merah
Cili hijau
Cili padi
Daun pudina
Limau nipis..
5. Sup telur
6. Sup ayam tanpa kuah.
7. Sup sayur dan ikan masak rebus
No comments:
Post a Comment