Cara Wanita Ini Kuruskan Badan Sehingga 30kg
Ya, anda memang boleh kuruskan badan walaupun tanpa perlu ke gimnasium
Dalam artikel kali ini akan dikongsikan satu cerita penuh inspirasi berkenaan seorang wanita yang berjaya mengurangkan berat badan beliau walaupun tidak pernah bersenam di gimnasium.
Artikel ini akan berkongsi berkenaan rahsia-rahsia yang diamalkan wanita tersebut, termasuk panduan bagaimana beliau menghilangkan perut buncit.
Baiklah, oleh kerana saya tidak mahu membuang masa pembaca, mari kita mulakan.
Jom berkenalan dengan Kanan, seorang wanita berumur 47 tahun, yang komited dengan misi beliau dan akhirnya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30kg.
Kanan, sama seperti kebanyakan orang, dilahirkan dan membesar dengan sihat tanpa masalah berat badan. Namun, selepas berkahwin pada umur 23 tahun dan melahirkan anak, berat badan beliau mula naik mendadak. Beliau pada mulanya tidak kisah dengan berat badan beliau kerana tidak kisah tentang penampilan diri-sendiri.
Namun, apabila usia semakin meningkat, masalah berat badan beliau turut membawa masalah-masalah kesihatan yang lain. Sehinggakan, beliau terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, asma, sakit belakang dan sakit sendi.
Keadaan ini menyebabkan beliau berhenti kerja dan mula berfikir tentang kesihatan dan berat badan beliau.
Pada awal tahun 2012, beliau berasa sangat tertekan kerana berat badan beliau mencapai 100kg. Dengan ketinggian 5 kaki 2 inci, ternyata beliau mempunyai masalah berat badan berlebihan yang serius.
Namun begitu, dengan melalui pelan yang ketat, beliau berjaya mengurangkan berat badan dan pada pertengahan tahun 2013, beliau mencapai berat badan 68kg sahaja.
Kejayaan ini meningkatkan moral dan kesihatan fizikal beliau. Kanan boleh berjalan dengan lebih pantas dan dalam jarak yang lebih jauh. Beliau berasa dirinya lebih ringan.
Keyakinan diri beliau bertambah. Beliau juga kelihatan lebih sihat dan berpenampilan menarik.
Beliau berjaya mengurangkan pengambilan ubat-ubatan untuk masalah kesihatan beliau sebelum ini. Bahkan, hubungan dengan suami dan keluarganya bertambah erat.
Perjalanan beliau untuk mencapai berat badan ideal memberi inspirasi kepada orang lain. Bagi beliau, tiada apa yang mustahil dicapai.
Selepas hilang 23kg pada tiga bulan pertamanya, beliau pergi melawat doktor yang biasa merawatnya. Namun, doktor tersebut lambat untuk mengenali beliau. Kanan kelihatan seperti orang lain yang lebih menawan selepas berjaya kuruskan badan.
Cerita beliau sungguh berinspirasi, tambahan lagi beliau melakukannya sendiri tanpa nasihat dari mana-mana jurulatih professional.
Bagaimana Kanan berjaya melakukannya?
Mari kita baca lebih lanjut.
Tips Kuruskan Badan Dari Kanan
Berikut adalah beberapa tips yang diamalkan Kanan untuk mengurangkan berat badan beliau:
- Beliau mengamalkan pelan diet yang konsisten. Beliau menyenaraikan makanan-makanan yang boleh membantu beliau mengawal makanan. Beliau menyediakan menu yang sesuai dan patuh dengannya.
- Beliau meletakkan sasaran untuk berjalan kaki setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Kebanyakan hari, beliau berjalan untuk tempoh masa lebih lama. Beliau meletakkan sasaran untuk berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari, tujuh hari seminggu tanpa sebarang alasan.
- Secara beransur-ansur, beliau memasukkan larian-larian dalam aktiviti berjalan kaki beliau.
- Untuk mengelakkan rasa bosan, beliau mendengar lagu-lagu kegemarannya yang memberi motivasi untuk beliau terus berusaha mencapai sasarannya.
Dengan menggabungkan pelan pemakanan yang betul dan aktiviti berjalan kaki, Kanan dari hari ke hari semakin dekat untuk mencapai berat badan idamannya.
Makanan Yang Baik Untuk Kuruskan Badan
Mari kita baca bagaimana pelan diet Kanan membantu beliau untuk kuruskan badan.
Untuk mencapai impiannya, Kanan mengamalkan diet Atkins. Beliau menghadkan pengambilan karbohidrat sebanyak 30 gram sahaja sehari.
Mengurangkan pengambilan karbohidrat sememangnya baik untuk megurangkan berat badan.
Mengikuti diet Atkins tidaklah sesukar mana terutama jika telah terbiasa dan tahu makanan yang patut diambil.
Kanan melebihkan pengambilan ikan, ayam dan daging lembu yang kaya dengan protein. Kanan berhati-hati dengan kuantiti kalori yang diambil beliau. Beliau turut melebihkan pengambilan sayuran untuk memastikan pengambilan kalori adalah terkawal.
Kanan suka menambahkan keju dan susu dalam makanan beliau yang mana merupakan sumber protein yang baik. Namun, pengambilan keju dan susu adalah pada kadar sederhana kerana turut mengandungi karbohidrat yang tinggi.
Kanan juga suka menggunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan terutama salad. Beliau turut menyarankan penggunaan minyak zaitun untuk memasak jika berkemampuan dari segi kosnya.
Makanan Yang Perlu Dielak
- Jangan makan dalam kuantiti yang banyak terutama ketika dalam proses kuruskan badan.
- Elakkan makanan-makanan ringan, 'fast-food' atau makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garama, kecuali sumber-sumber semulajadi seperti buah-buahan.
- Kawal pengambilan kafein (teh dan kopi), sebaik-baiknya hadkan kepada satu cawan sahaja sehari. Sebaik-baiknya, elakkan minuman ringan atau bergas. Jika tidak mampu, hadkan kepada sekali seminggu atau sebulan.
- Banyakkan minum air kosong atau mineral. Setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air sehari.
- Kurangkan pengambilan kuih-muih, kek dan pencuci mulut. Sesetengahnya mengandungi gula dan krim yang tinggi, yang bukan sahaja tinggi kandungan gula, bahkan boleh merosakkan tulang.
Untuk baca kisah Kanan, boleh klik disini.
Tips-tips Tambahan Kuruskan Badan
- Jangan mengharapkan keajaiban segera. Mengurangkan berat badan memerlukan masa dan komitmen.
- Rancang pelan kuruskan badan anda. Timbang berat badan pada hari pertama. Jujur dan catatkan berat badan anda.
- Senaraikan makanan-makanan yang boleh diambil semasa program diet anda.
- Banyakkan berjalan kaki. Lakukan senaman ringan.
- Catatkan perkembangan aktiviti dan berat badan anda.
- Elakkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak.
- Belanja diri anda dengan hidangan istimewa sekali-sekala. Pastikan dicatat dalam catatan anda.
- Kongsi misi anda dengan pasangan atau rakan terdekat yang dipercayai. Minta mereka berikan kata-kata galakan.
- Dengarkan lagu atau muzik kegemaran anda semasa melakukan aktiviti. Ini membantu mengurangkan rasa bosan.
- Tonton rancangan atau program kesihatan. Boleh juga menonton rancangan komedi. Ketawa boleh membantu misi kuruskan badan anda.
TAGS
- kuruskan badan bagi remaja
- cara nak kuruskan badan dalam masa seminggu
- makanan untuk kuruskan badan
- kuruskan badan cara tradisional
- cara untuk kurus dalam masa 3 hari
- cara kuruskan badan dengan cepat
- cara tradisional menurunkan berat badan
- formula untuk kuruskan badan
- cara untuk kuruskan badan dalam seminggu
No comments:
Post a Comment